Pengawal keselamatan

Pengawal keselamatan
Pengawal keselamatan di China
Pekerjaan
Jenis
Pekerjaan
Sektor kegiatan
Keselamatan
Penerangan
Pekerjaan berkaitan
Penjaga pintu, pengawal, pengawal peribadi
sunting
Lihat pendokumenan templat ini
Lihat pendokumenan templat ini

Pengawal keselamatan (atau tidak rasmi, jaga) ialah orang yang bekerja mengawal dan menjaga keselamatan seseorang yang penting, rumah, bangunan, pejabat dan sebagainya. Biasanya mereka diuruskan oleh sebuah syarikat keselamatan.

Pengawal keselamatan penting untuk menjaga keselamatan nyawa dan harta benda. Risiko pekerjaan ini tinggi kerana mereka terdedah untuk ditembak, dipukul dan dicaci maki oleh pengunjung, perompak dan orang yang tidak dikenali.

Bagi meningkatkan keberkesanan kerjaya ini, mereka dibekalkan dengan senjata seperti cota dan senapang. Bekas tentera dan polis yang pernah mengendalikan senjata lazim dilantik menjadi ketua pengawal keselamatan. Wanita dan orang berumur turut dilantik menjadi pengawal keselamatan di premis tidak berisiko tinggi seperti di hospital dan pejabat.[1]

Galeri

  • Seorang pegawai penjaga keselamatan polis dengan seorang bar yang diupah stiltwalker di East Village.
    Seorang pegawai penjaga keselamatan polis dengan seorang bar yang diupah stiltwalker di East Village.
  • Polis Trafik Amerika Syarikat Pegawai Keselamatan Polis Trafik Dan Pejalan Kaki Orang Pada 2009 Pejalan Kaki Jalan Raya Melintasi Lampu Isyarat Persimpangan Jalan Chicago Amerika Syarikat.
    Polis Trafik Amerika Syarikat Pegawai Keselamatan Polis Trafik Dan Pejalan Kaki Orang Pada 2009 Pejalan Kaki Jalan Raya Melintasi Lampu Isyarat Persimpangan Jalan Chicago Amerika Syarikat.
  • Kedai, dan keselamatan polis Brazil, pegawai keselamatan polis, pengawal keselamatan. penguatkuasaan undang-undang. perkhidmatan kecemasan, polis kecemasan kerajaan. di Florianopolis, Brazil. Julai 2006.
    Kedai, dan keselamatan polis Brazil, pegawai keselamatan polis, pengawal keselamatan. penguatkuasaan undang-undang. perkhidmatan kecemasan, polis kecemasan kerajaan. di Florianopolis, Brazil. Julai 2006.
  • Polis Keselamatan kenderaan polis dan pegawai keselamatan polis di Montreal, Quebec, Kanada.
    Polis Keselamatan kenderaan polis dan pegawai keselamatan polis di Montreal, Quebec, Kanada.
  • Pegawai keselamatan polis trafik keselamatan polis trafik di Michigan Avenue di Chicago.
    Pegawai keselamatan polis trafik keselamatan polis trafik di Michigan Avenue di Chicago.

Di Malaysia

Di Malaysia, Pengawal Keselamatan atau istilah lama (Jaga/Opas) adalah satu pekerjaan yang merangkumi perlindungan keselamatan dan pertahanan.[perlu rujukan] Oleh itu,Kementerian Dalam Negeri telah menggariskan sebahagian syarat kelayakan untuk bekerja dalam sektor ini, dan bagi kategori Asing, hanya Rakyat Nepal sahaja dibenarkan bekerja dalam sektor ini dan ia juga yang dikenali sebagai Gurkha biasanya lebih dipercayai untuk menjadi pengawal keselamatan.[2] Sejak zaman penjajahan British hingga sekarang, Gurkha dipanggil menjadi tentera di seluruh dunia, termasuk di Singapura. Ketumbukan askar Gurkha pernah bertugas di Tanah Melayu, termasuk mengawal 'Gate Broga', 'Gate Kachau', 'Gate Kajang' di Semenyih semasa zaman Darurat Tanah Melayu.

Rujukan

  1. ^ "Remaja Bawah Umur, Jaga Tua Buat Industri Keselamatan Jadi "Palsu", 11 Mei, 2007 09:55 AM". Diarkibkan daripada yang asal pada 2016-03-04. Dicapai pada 2010-01-05.
  2. ^ Parlimen Kesembilan Penggal Ketiga Mesyuarat Ketiga[pautan mati kekal]