Gabungan Bersatu Sabah

Gabungan Bersatu Sabah
SingkatanG.B.S
PengerusiJoseph Pairin Kitingan
Penolong PengerusiMaximus Johnity Ongkili
Jeffrey Kitingan
Joseph Kurup
Ditubuhkan15 Mei 2018
Disahkan-
Dibubarkan2020
Didahului olehBarisan Nasional (BN) Sabah dan Gabungan Sabah (GS)
Digantikan olehGabungan Rakyat Sabah (Diasaskan oleh Hajiji Noor)
KeanggotaanPBS
STAR Sabah
PBRS
UMNO Sabah
IdeologiKetempatan
Kedudukan politikTengah ke kanan
Warna    
SloganPerpaduan Orang-Orang Sabah Untuk Sabah (Sejak 2018)
Dewan Undangan Negeri Sabah (2018):
8 / 65
Laman sesawang
www.facebook.com/groups/573788136328098/
Politik Malaysia
Parti politik
Pilihan raya

Gabungan Bersatu Sabah (GBS) ialah sebuah gabungan tidak rasmi parti politik pembangkang di Sabah yang diasaskan oleh Joseph Pairin Kitingan kerana kejatuhan Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya umum 2018 di Malaysia. Gabungan parti ini merupakan gabungan baharu bagi Parti Bersatu Sabah (PBS) dan memanggil kesemua calon BN[1] dari Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO) yang diketuai Musa Aman untuk keluar gabungan parti BN-Sabah.[2] Bagaimanapun, parti ini tidak didaftarkan. Gabungan ini kemudiannya diikuti oleh Gabungan Rakyat Sabah (GRS) yang diasaskan oleh Datuk Seri Panglima Hajiji Noor pada 12 September 2020 dan didaftarkan pada 11 Mac 2022.

GBS diasaskan oleh 5 parti politik di Sabah[3] iaitu Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Parti Bersatu Sabah (PBS), Parti Solidariti Tanah Airku (STAR Sabah), Parti Progresif Sabah (SAPP), dan UMNO Sabah yang mempunyai autonomi tersendiri daripada UMNO Pusat di negeri Sabah.

Pada bulan Februari 2020, parti-parti dalam GBS memberi sokongan terhadap Perikatan Nasional (PN) bagi membentuk kerajaan pusat yang baharu menggantikan kerajaan pimpinan Pakatan Harapan. PBRS menyertai semula BN, manakala SAPP dan STAR Sabah menyertai Parti PN. PBS pula kembali menjadi parti tunggal namun menyokong PN.[perlu rujukan]

Parti-parti ini kemudiannya bergabung menerusi gabungan masing-masing membentuk Gabungan Rakyat Sabah menghadapi Pilihan raya negeri Sabah pada September 2020.[perlu rujukan]

Lihat juga

Rujukan

  1. ^ Kristy Inus (12 Mei 2018). "Sabah BN coalition to be disbanded to pave way for Gabungan Bersatu". NST. Dicapai pada 26 Disember 2020. Cite has empty unknown parameter: |dead-url= (bantuan)
  2. ^ Wartawan NSTP (12 Mei 2018). "PBS keluar BN, bentuk Gabungan Bersatu". BHarian. Dicapai pada 26 Disember 2020. Cite has empty unknown parameter: |dead-url= (bantuan)
  3. ^ Bernama (24 Oktober 2018). "Empat parti politik di Sabah tubuh Gabungan Bersatu Sabah". Utusan Borneo. Dicapai pada 26 Disember 2020. Cite has empty unknown parameter: |dead-url= (bantuan)
  • l
  • b
  • s
Parti yang mempunyai wakil di Parlimen dan/atau Dewan Undangan Negeri
Pakatan Harapan
Perikatan Nasional
Barisan Nasional
Gabungan Parti Sarawak
Gabungan Rakyat Sabah
Parti politik lain
Parti yang tidak mempunyai wakil di Parlimen dan/atau Dewan Undangan Negeri
Perikatan Nasional
Gabungan Rakyat Sabah
Sahabat Barisan Nasional
Parti politik lain
Malaysia
Sarawak
Sabah
Parti dan gabungan tidak aktif/dibubar
Gabungan parti
Parti politik
Malaysia
Sarawak
Sabah
parti tidak berdaftar ditandakan*

  • Politik Malaysia
  • Portal politik
  • Senarai parti politik yang memenangi pilihan raya umum Malaysia mengikut Parlimen