Arjun Erigaisi

Arjun dalam perlawanan sebuah kejohanan catur pada 2024

Arjun Erigaisi (lahir 3 September 2003) [1] ialah seorang grandmaster catur India dan pemain dengan peringkat tertinggi India pada bulan April 2024, menaiki carta peringkat ke atas bekas juara dunia Viswanathan Anand. Seorang ahli catur yang sangat berbakat sejak kecil, dia mendapat gelaran grandmaster pada usia 14 tahun, 11 bulan, 13 hari. Pada tahun 2022, Arjun memenangi Kejohanan Kebangsaan India.[2]

Kehidupan awal

Arjun lahir di Warangal, sebuah wilayah di India pada 3 September 2023.[3] Ayahnya ialah ahli bedah syaraf dan ibunya suri rumah.[4] Sejak kecil ia telah menyukai permainan catur dan bersekolah di sekolah khas catur di akademi catur junior Hanumakonda.[4]

Kerjaya

2015–2018

Pada tahun 2015, Arjun memenangi pingat pertamanya pada Kejohanan Belia Asia di Korea.[5] Pada 2018, ia berjaya sebagai grandmaster pertama dari negeri Telangana.

2021

Tahun 2021 ialah tahun di mana Arjun berjaya di pelbagai kejohanan, pada tahun itu dia ialah orang India pertama yang mara ke Kejohanan Tour Catur Goldmoney Asian Rapid 2021.[6] Sehingga pada pentas akhir yang panjang, ia ditewaskan oleh Levon Aronian dengan hasil seri.[7]

Pada Oktober 2021, Arjun berada di peringkat kedua Kejohanan Catur Terbuka Junior U21 yang bertempat di Bulgaria. Mata perlawanannya ialah 7/9, hanya berbeza sedikit dari peringkat pertama yaitu Alexey Sarana.[8]

Pada bulan November 2021, Arjun berada di kedudukan ke-3 daripada 82 ahli catur yang menyertai Kejohanan Lindores Abbey Blitz di Riga. Dia bertemu beberapa pemain dengan nama besar seperti Maxime Vachier-Lagrave, Levon Aronian, David Navara, Daniil Dubov, Peter Svidler dan lainnya.[9] Pada bulan yang sama, Arjun memenangi kategori Rapid Kejohanan Catur Tata Steel (Rapid and Blitz). Dia mendapat markah 6.5/9, lebih tinggi daripada Vidit Gujrathi, Levon Aronian, Sam Shankland dan Lê Quang Liêm.[10] Dia memenangkan pentas akhir menentang Levon Aronian dengan memaksanya untuk bergerak dan kehilangan markah dengan hasil seri.[11] Untuk kategori Blitz, Arjun mara ke pentas akhir selepas Adhiban Baskaran memilih mundur, dia syahmat oleh Levon Aronian selepas menggerakan buah caturnya dengan cara yang hampir sama pada perlawanan Rapid.

2022

Pada Januari 2022, Arjun memenangi Catur Tata Steel Chess untuk kategori Challengers,[12] membuatnya layak bermain di kategori Masters pada perlawanan selepasnya. Markahnya pada pentas akhir ialah 10.5/13 dan TPR miliknya sampai kepada 2800+, bermakna bahawa penarafan elo FIDE telah menembus 2659.5, membuatnya berada di salah satu daripada 100 ahli catur terbaik di dunia.

Pada Mac 2022, Arjun berjaya dalam Kejohanan Catur India yang ke-58 dengan markah 8.5/11 menewaskan ahli catur India lain yang pernah juara dalam kejohanan itu yaitu Gukesh D dan Harsha Bharathakoti.[13]

Pada April 2022, dia menyertai Tour Catur India MPL yang digalakkan oleh Chess24 dan berjaya menang mudah dengan markah akhir mendekati sempurna, 30/45 (+8 =6 -1).[perlu rujukan] Empat bulan selepasnya, Arjun memenangi Festival Catur Antarabangsa Abu Dhabi ke-28 dengan menewaskan David Guijarro di pentas akhir dengan markah 7.5/9 dan peringkat performa 2893.[14] Pada Disember 2022, Arjun berjaya memenangi kategori Blitz di Catur Tata Steel India dengan markah 12.5/18.[15]

2024

Pada bulan April 2024, Arjun memenangi Menorca Open A dengan hasil seri tetapi dengan markah yang lebih besar daripada 2 penentangnya yaitu 7.5/9.[16]

Anugerah

  • Adiwira Muda Sportstar: 2023[17]
  • Ahli Catur TOISA Terbaik: 2021[18]

Lihat juga

  • Catur di India
  • Senarai ahli catur India

Rujukan

  1. ^ "Erigaisi Arjun". Chess-DB.com. Diarkibkan daripada yang asal pada 6 August 2016. Dicapai pada 20 October 2018.
  2. ^ "Arjun Erigaisi wins Indian National Championship". www.en.chessbase.com. 6 March 2022. Dicapai pada 29 April 2024.
  3. ^ "Arjun Erigaisi's fast-track to GM title". telanganatoday.com. Diarkibkan daripada yang asal pada 21 October 2018. Dicapai pada 20 October 2018.
  4. ^ a b "Hanamkonda boy set to create ripples in chess world". The Hindu (dalam bahasa Inggeris). 2016-08-01. ISSN 0971-751X. Dicapai pada 2023-05-18.
  5. ^ Subrahmanyam, V. V. (2 August 2016). "Hanamkonda boy set to create ripples in chess world". The Hindu. Diarkibkan daripada yang asal pada 25 June 2021. Dicapai pada 20 October 2018 – melalui thehindu.com. Erigaisi Arjun, a Class VIII student, qualifies for World Youth Chess championship, and the Asian championship
  6. ^ "Goldmoney Asian Rapid Chess: Arjun makes history, first Indian in quarterfinals". 28 June 2021. Diarkibkan daripada yang asal pada 11 July 2021. Dicapai pada 27 October 2021. Arjun Erigaisi, the lowest-rated player who now plays league topper Levon Aronian, came up with a display on the final day of the preliminaries
  7. ^ Rao, Rakesh (30 June 2021). "Arjun falls to Aronian in tiebreaker". The Hindu. Diarkibkan daripada yang asal pada 11 July 2021. Dicapai pada 27 October 2021. Arjun Erigiasi’s gallant show against Levon Aronian ended in the blitz tiebreaker
  8. ^ "Chess-Results Server Chess-results.com - Junior U21 Round Table Open Chess Championship". chess-results.com. Dicapai pada 2021-11-20.
  9. ^ Doggers (PeterDoggers), Peter (8 November 2021). "Kirill Shevchenko Surprise Winner at Lindores Abbey Blitz". Chess.com (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2021-11-19.
  10. ^ "Chess-Results Server Chess-results.com - TATA STEEL CHESS INDIA RAPID 2021". chess-results.com. Dicapai pada 2021-11-19.
  11. ^ Arjun Erigaisi on winning the Tata Steel Chess India Rapid and training with Kasimdzhanov (dalam bahasa Inggeris), dicapai pada 2021-11-20
  12. ^ "Tata Steel Chess 2022: Indian GM Arjun Erigaisi wins Challengers event with a round to spare". www.firstpost.com. 30 January 2022. Dicapai pada 31 January 2022.
  13. ^ "The Week in Chess 1430". theweekinchess.com. Dicapai pada 2022-04-14.
  14. ^ "Chess-Results Server Chess-results.com - 28th Abu Dhabi International Chess Festival - Masters". chess-results.com. Dicapai pada 25 August 2022.
  15. ^ "Arjun Erigaisi wins Tata Steel Chess India 2022 Blitz with a round to spare, now World no.10 TATA STEEL CHESS INDIA, RAPID & BLITZ, 2022". tatasteelchess.in. Dicapai pada 10 December 2022.
  16. ^ "Arjun Erigaisi Briefly World #5 As Menorca Open Winner". www.chess.com. 8 April 2024. Dicapai pada 29 April 2024.
  17. ^ "Arjun Erigaisi wins Sportstar Emerging Hero award at Focus Telangana". Sportstar. Dicapai pada 31 August 2023.
  18. ^ "TOISA 2021: Arjun Erigaisi wins Chess Player of the Year Award". The Times of India. Dicapai pada 14 October 2022.

Pautan luar

  • Templat:FIDE
  • Arjun Erigaisi kad ID bagi Persatuan Catur Seluruh India
  • Templat:Chess.com player
  • Templat:Chessgames.com player
  • Arjun Erigaisi maklumat pemain di Lichess
  • Templat:365Chess.com player
  • Arjun Erigaisi di Twitter
Pencapaian
Didahului oleh
Chithambaram Aravindh
Kejohanan Catur India
2022
Diikuti oleh:
Karthik Venkataraman

Templat:Indian grandmasters